Resepi Agar-agar


Bahan :

7 cawan air
2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 sudu perasa vanila
1 paket agar-agar
3 biji telur ayam (ambil kuning nya)
1 biji limau nipis diperah dan diambil airnya

Cara-cara :

  • Cuci bersih agar-agar terlebih dahulu sebelum di masak.
  • Masak agar-agar dalam periuk yang berisi 7 cawan air.
  • Apabila agar-agar sudah hancur, masukkan gula.
  • Kacau agar-agar perlahan-lahan dan bila agar-agar sudah masak, angkat adunan agar-agar tadi  & tapiskan.
  • Kemudian, masukkan kuning telur,susu,perahan air limau & vanila ke dlm adunan agar-agar.
  • Selepas itu, masak adunan itu kembali dengan menggunakan api perlahan. Kacau adunan agar-agar secara perlahan-lahan sehingga mendidih.
  • Kemudian angkat adunan agar-agar & bahagikan ke dlm 4 bekas berlainan.
  • 1 bekas untuk warna asal tanpa diletakkan apa-apa warna. 3 bekas lagi di campur dengan warna kuning, merah dan hijau.
  • 3 bekas yang dicampur dengan warna disejukkan dalam peti supaya lebih cepat keras. 1 bekas tanpa campuran warna dibiarkan diluar & jgn biarkn ia keras sementara menunggu agar-agar berwarna keras.
  • Apabila 3 bekas itu sudah keras,potong secara empat persegi kecil sebesar anak jari.
  • Masukkan  agar-agar berwarna yg telah di potong kecil tadi ke dlm agar-agar yang tidak diletakkan warna.
  • Sejukkan agar-agar ke dalam peti.

Jika mahu agar-agar lapis,adunan x perlu di potong kecil-kecil..Hanya lapis kan agar2 1 persatu & sejukkan dlm peti sejuk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

 
Free Backlinks