Jangan Lakukan Sewaktu Bercinta

Saat sedang di lamun cinta anda merasakan boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda.Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.
 
Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih menyakitkan jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.Andai anda masih mnyimpan rasa cinta kepada ex anda sekali pn,jgn sekali2 meluahkan kepada kekasih anda itu..Jgn suka memuji2 ex anda d depan org yg anda cintai kerana itu akan melukakan hatinya..Mungkin dia senyum saat anda bercerita tentang ex anda,tapi tahukah anda,senyuman yg di ukir itu sekadar menjaga hati anda saja.Di hati nya,hanya tuhan yg tahu..
 
 Jangan Menipu
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat penting. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.Jika anda berniat menipu pasangan,fikirkan dahulu jika anda yg ditipu pasangan. Seandainya anda yakin penipuan anda takkan diketahui pasangan,seharusnya anda bersikap jujur kepada hubungan cinta anda..Buat apa anda menipu org yg teramat mnyintai anda jika si dia mampu membahagiakan anda..
 
Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia.Contohnya terlalu berahsia dgn siapa anda berkawan,dgn siapa anda keluar & mnyembunyikan telefon @ dompet anda bagi mngelakkan si dia membaca sms,melihat senarai panggilan telefon anda & mengelakkan pasangan melihat kad nama yg ada dlm simpanan anda.1 sebab yg selalu terjadi dlm putusnya ikatan cinta adalah kerana pasangan suka menyorokkan hal2 begini dari pasangannya.Jika anda jujur kepada pasangan & merasakan setiap tindakan yg anda lakukan tidak mngandungi kesalahan,usah lagi berahsia dengannya..Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia. 
Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya.Jika anda mampu mngingati hari penting sahabat anda,kenapa tidak si dia..Hargai si dia sepertimana si dia mnghargai kamu..Jika sekadar mngucapkan selamat kepadanya,itu sudah mncukupi drp kamu melupakan hari penting nya itu..Jika ada sedikit duit lebih,apa salahnya belanja si dia makan,tengok wayang @ hadiahkan sesuatu yg menjadi idamannya selama ini..Tentunya dia menangis terharu bila kamu melakukan semuanya untuk dia..
 
Jangan mulakan pertengkaran
Selalu bergaduh..Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah.Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.
 
Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.
 
Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.Sikap tolak ansur penting dlm memelihara ikatan cinta..
 
Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.
Mcm pernah aku post benda ni..Tapi xpe lah..hihi..Siaran Ulangan..Tapi x sama kandungan yg dulu tu ngn yg ni kot..haha..Boleh laaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

 
Free Backlinks