Petua nenek
Menghilangkan Karat Kepada Pakaian
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat.Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.Mengatasi Sengal Tulang
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya.Sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis 3 kali sehari.
Legakan Sakit Gigi
Celupkan kapas ke dalam esen pisang (esen vanila) dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.
Demam Selsema
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
Gigi Putih
Gosok gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.
Haluskan Siku & Lutut
Caranya parut buah nenas segar yang telah di cuci bersih terlebih dahulu, lalu sapukan pada siku dan lutut.Gosok perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.Haluskan Siku & Lutut
Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya..
Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan.Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab.Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala.Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.
Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis.Biarkan semalaman.Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang.Amalkan 3 kali seminggu.
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan.Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab.Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala.Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.
Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis.Biarkan semalaman.Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang.Amalkan 3 kali seminggu.
Menghilangkan Ketuat:
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.Lakukan beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu..
Ubati Bibir Pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.
Menghilangkan Kembung Perut.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa.Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit.Setelah itu,daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.
Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi.Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat.Sapu pd muka yang telah dibersihkan.Biarkan selama 15 minit @ sehingga kering.Selepas itu barulah dibilas.
Melembutkan Tapak Kaki
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis.Ggosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.
Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.
0 comments:
Post a Comment