Resepi Mee
Bahan-bahan :
1 kg mee kuning
300 gm udang sederhana besar
4 sudu cili giling (cili boh)
4 ulas bawang merah
300 gm udang sederhana besar
4 sudu cili giling (cili boh)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1/2 inci halia
1 sudu petis udang
3 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu petis udang
3 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Gula
Garam
Aji no moto
Taugeh
Sawi
Daun bawang, daun sup & bawang goreng
1 biji Lada besar (utk hiasan)
1 bungkus fish cake
Cara-cara :
- Cuci bersih udang,(udang boleh di kopek jika mahu tapi jgn di buang kulit udang supaya rasa manis udang x hilang,rebus kulit bersama udang). Rebus udang hingga masak,kemudian tos kan udang dari air rebusan udang.Air rebusan jangan di buang.(kulit boleh la di buang sesudah di jadi kan air rebusan)
- Tumis cili giling hingga garing... Kisar bawang merah,bawang putih,udang kering & halia,kemudian campurkan bersama cili giling td hingga naik bau.
- Masukkan air rebusan udang ke dlm kuali & biar kuah mendidih..Masukkan sos tomato, sos cili dan petis udang.Biarkan kuah sehingga menggelegak.
- Masukkan garam,gula & aji no moto...bergantung pada citarasa masing-masing.Kemudian masukkan fish cake yg sudah di potong kecil.
- Untuk memekatkan kuah,boleh la di tambah sedikit tepung jagung.Bila kuah dah masak,mati kan api.
- Setelah itu,celur mee, taugeh & sawi. Masukkan udang yg telah direbus tadi. Tuang kuah ke dalam mee & hias dgn daun sup,daun bawang,hirisan lada besar & bawang goreng.Siap utk di hidang..
0 comments:
Post a Comment