Oh Dunia Ku


Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan meminta maaf..

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

 Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan
 
 Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah belah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

 
 Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Si penyibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak akan mnjadi penyibuk..Si penyibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja..

 Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

 Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan,semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

 Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.


 Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.

 Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

 Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t

Post a Comment

 
Free Backlinks